Korea Selatan akan memansuhkan kaedah pengiraan umur sedia ada dan menerima pakai piawaian antarabangsa baharu yang bakal menyaksikan pengurangan umur seseorang sebanyak satu atau dua tahun pada dokumen rasmi.<br /><br />Memetik laporan portal NBC News, sejak awal tahun 1960-an, negara itu menggunakan norma antarabangsa dalam pengiraan iaitu berusia setahun semasa lahir selepas mengira usia dalam kandungan.<br />Sebelum ini, bayi yang lahir pada 31 Disember akan berumur dua tahun keesokan harinya.<br />
