Kod Etika Ahli Parlimen yang sedang dirangka bagi menambah baik cabang legislatif dalam pentadbiran negara boleh digunapakai di dalam setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Jaafar berkata kod tersebut mampu membentuk disiplin dan tingkah laku terbaik wakil rakyat semasa sesi persidangan.

Tegasnya, sebagai badan penggubal dasar yang tertinggi, Ahli Parlimen perlu mencerminkan pribadi berkaliber, bertauladan dalam berhujah dan mengangkat isu rakyat dengan bijaksana