Cadang bentang RUU Imuniti Negara pada sidang Parlimen Oktober

BERITA SEMASA 4 JULAI 2023

Kerajaan bercadang membentangkan Rang Undang-Undang Imuniti Negara yang kini dalam peringkat dasar pada sidang Parlimen Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, undang-undang berkenaan akan mencerminkan prinsip am undang-undang antarabangsa mengenai kekebalan beraja, perkhidmatan berkesan kepada negara asing, menegakkan hak dan kepentingan pihak berkaitan, menjaga kedaulatan negara serta mempromosi hubungan baik dengan negara lain.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa