Tidak lama selepas dimulakan, sesi perbincangan Wacana Sinar Harian bertukar tegang selepas dua wakil dari parti politik UMNO dan Bersatu bertikam lidah. <br /><br />Pencelahan berlaku selepas Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin @ Chegu Bad menyatakan bahawa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam seolah-olah mendakwa jenama media itu 'tiada integriti' dalam penyediaan data tinjauan pendapat yang dikatakan bergantung kepada pendanaan parti politik atau 'media buy'. <br /><br />Dalam tinjauan data yang dijalankan oleh Sinar Media menyaksikan golongan anak muda lebih cenderung memilih parti Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
