Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah, suri rumah di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang, Kelantan tidak menyangka ia mampu berkembang pantas sejak memanfaatkan platform media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.<br /><br />Nor Aishah Jaafar, 37 tahun tidak menang tangan menghasilkan kuih boko ubi kayu kerana mendapat tempahan tinggi daripada masyarakat setempat.<br />
