Pelajar kudung raih PNGK 3.42

BERITA SEMASA 13 JULAI 2023

Kudung tangan kanan hingga paras siku sejak lahir bukan halangan seorang pelajar perempuan meraih kejayaan pada keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3 perpuluhan 42 di Kota Bharu, Kelantan, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa, Nurulain Natasha Marzuki, mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3 perpuluhan 42 bagi keseluruhan mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Kesusasteraaan Melayu Komunikatif dan Geografi yang diduduki.

Dia yang bercita-cita menjadi seorang guru menyatakan antara rahsia kejayaannya ialah solat sunat hajat dan dhuha yang diamalkan bersama usaha mengulang kaji pelajaran selama lima jam setiap hari.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian