Tempah segera peranti Starlink ambil kira keperluan mendesak - Anwar

BERITA SEMASA 17 JULAI 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 'pesanan segera' 40 peranti satelit Starlink dianggar bernilai RM10,000 ke RM15,000 seunit bagi mempercepat akses internet stabil kepada pelajar universiti dan sekolah.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata langkah berkenaan penting mengambil kira keperluan mendesak golongan itu yang 'sedang menunggu'.

Anwar berkata demikian ketika berucap Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang, Seberang Jaya, pada Ahad.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa