Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengambil pendekatan realistik dalam pemilihan manifestonya kali ini yang dikenali sebagai Kertas Hitam MUDA II bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.<br /><br />Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata manifesto yang dilancarkan pada Khamis itu bersifat sebagai idea, solusi dan cadangan penambahbaikan kepada mana-mana pihak yang bakal menerajui kepimpinan kerajaan negeri.<br />
