Penyertaan MUDA dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri mengundang banyak polemik berdasarkan status mereka selaku penyokong kerajaan di peringkat persekutuan.

Mempunyai sebab tersendiri antaranya mahu memberi 'wake-up call' kepada kerajaan, parti itu turut mengumumkan calonnya di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mampukah MUDA memberi saingan kepada parti lebih dominan termasuk PH-BN dan PN? Adakah penyertaan ini 'misi mustahil' di mana mereka bersedia kalah? Atau ada mesej lebih besar selain menyertai pilihan raya yang ingin mereka sampaikan?

Ikuti temubual isu ini, 'Misi mustahil MUDA' bersama Setiausaha Agung MUDA yang juga calon DUN Seri Serdang, Amir Hariri Abdul Hadi, dihoskan Haizir Othman dalam Plot Twist Episod 27.