BERITA SEMASA 21 Julai 2023

Angkatan Muda Harapan menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melakukan dua kesalahan nyata dan jelas berhubung kes menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketuanya, Danial al-Rashid Harun berkata, kesalahan pertama adalah kenyataan yang diucapkan oleh Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu yang menghina institusi kesultanan semasa berceramah di Selangor.

Kesalahan kedua, Datuk Seri Muhammad Sanusi menyatakan telah mengemukakan surat permohonan maaf kepada Sultan Selangor tetapi ketika dihadapkan ke mahkamah, Menteri Besar Kedah itu mengaku tidak bersalah.