Empat kedai terjejas teruk akibat kebakaran di Larkin Sentral

BERITA MOJO 23 JULAI 2023

Sebanyak empat kedai yang beroperasi di Larkin Sentral, di sini, terjejas teruk dalam kebakaran, pada awal pagi Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini dan Nor Azura Md Amin.

Kebakaran yang berlaku sekitar 6.30 pagi itu dikatakan bermula di salah sebuah kedai di tingkat dua sebelum merebak ke tiga kedai lain berhampiran.

Insiden kebakaran berkenaan telah mengakibatkan beberapa urusan di Larkin Sentral tergendala seketika seperti jadual perjalanan bas yang di tunda dan sebagainya.

Bagaimanapun, difahamkan tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kebakaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/269616/berita/semasa/empat-kedai-di-larkin-sentral-terbakar

#BeritaMojo #SinarHarian