Kisahnya pernah diangkat dalam segmen Jiwa SME sebelum ini, kegigihan anak muda kelahiran Sabah bernama Denny atau lebih mesra dipanggil Bobby, mendapat tumpuan apabila pusat eko pelancongannya mencuri hati masyarakat.<br /><br />Malah Bobby muncul selaku wajah cerminan usahawan berbakat ketika perasmian jelajah Jiwa SME 2023 di Kota Kinabalu Sabah Sabtu lalu.<br />Kisah kejayaannya itu telah mencuit hati menteri pembangunan usahawan dan koperasi, Datuk Ewon Benedict untuk turun padang dan melihat sendiri Backyard@Kokol yang diusahakannya.<br />