Kejadian mendapan dilaporkan telah berlaku di Kilometer (km) 66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (arah Timur) sekitar jam 8.30 malam pada 25 Julai 2023.<br /><br />Kejadian ini telah menyebabkan laluan ke arah timur terhalang. Walaubagaimanapun, atas faktor keselamatan kedua-dua arah lebuh raya di lokasi terlibat di tutup kepada lalu lintas. Kejadian ini tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kerosakan kenderaan.<br />
