Gendang Perang Sudah Dipalu

Selesainya proses penamaan calon menandakan lengkapnya fasa pertama Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri kali ini.

Dari barisan calon yang dikemukakan parti-parti yang bertanding, ada beberapa warna yang dapat kita lihat antaranya rasa tidak puas hati kerana tidak dicalonkan, bertanding atas tiket Bebas, dan sebagainya.

Adakah pemilihan calon akan jadi faktor utama kemenangan parti? Atau cukup hanya kekuatan dan pengaruh parti itu sahaja yang akan jadi penarik sokongan pengundi?

Saksikan forum Sinar Live, 'Gendang perang sudah dipalu' bersama Penganalisis Keselamatan dan Politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin di platform digital Sinar Harian.

Jika ada persoalan, kongsikan di ruangan komen!

#SinarHarian #SinarLive #PilihanRayaNegeri #KuasaRakyat #PRN2023