Kebajikan masyarakat India tidak terpinggir di Selangor - Amirudin

BERITA SEMASA 5 OGOS 2023

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kebajikan kaum lain khususnya masyarakat India di negeri ini tidak pernah dipinggirkan, lapor wartawan Sinar Harian, Nurhidayah Hairom.

Menurutnya, dalam aspek pendidikan, pentadbiran negeri komited membantu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menerusi peruntukan disediakan meskipun bukan dalam kategori sekolah bantuan penuh kerajaan.

Sejumlah RM5 juta daripada RM26.5 juta dana disalur Kerajaan Selangor bagi memenuhi keperluan SJKT seluruh negeri tahun ini.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo