BERITA SEMASA 10 OGOS 2023

Anak bekas Mursyidul Am Pas memberitahu, bapanya Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah mengkafirkan sesama Islam semasa berkecimpung dalam dunia politik semasa hayatnya.

Jelas Nik Omar Nik Abdul Aziz, arwah bapanya dahulu membawa pendekatan memberi penerangan perkara yang akan dilakukan untuk pembangunan dan bukan menyerang pihak lawan.

Justeru, Nik Omar berharap budaya mengkafirkan sesama Islam dihentikan sebaliknya pemimpin perlu berlumba-lumba berbuat kebaikan termasuk mengurus negeri dan negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/272906/berita/politik/allahyarham-bapa-tak-pernah-mengkafirkan-sesama-islam---nik-omar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNKelantan