Pegangan DAP terhadap Perlembagaan Persekutuan perlu lebih kerap diperjelas

BERITA SEMASA 15 OGOS 2023

Pemimpin DAP perlu lebih kerap menyatakan pegangan parti itu terhadap Perlembagaan Persekutuan agar orang Melayu dan ahli UMNO tidak keliru, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, empat perkara termaktub dalam perlembagaan itu ialah Islam adalah agama Persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Sekarang ini isu dimainkan tentang kekalahan BN pada PRN lalu, dua perkara iaitu kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan hubungan dengan DAP.

"Disebabkan itu, saya harap pimpinan DAP perlu menjelaskan lebih kerap mereka sudah berpegang kepada empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini