Mohd Nassuruddin nasihati YB Galas, Kota Lama

BERITA MOJO 20 OGOS 2023

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengingatkan pihak lawan iaitu Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) supaya jangan mudah koyak dalam berpolitik. Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Beliau berkata demikian selepas mengulas tindakan wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Kota Lama yang menuntut permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari bermula Ahad.

Ia susulan kenyataan Mohd Nassuruddin yang melabelkan kedua-dua wakil rakyat itu melawan perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah di Medan Ilmu, Kota Bharu pada Jumaat.

#SinarHarian #BeritaMOJO #BeritaSemasa