2 Beradik Usaha Kebun Anggur Guna Teknik Tanpa Tanah. Ini Cerita Usahawan dari Kelantan.

TAK perlu suhu yang sejuk dan tanah yang luas untuk tanaman anggur, kawasan sekangkang kera pun boleh menjadi. Lebih mudah untuk difahami adalah menggunakan teknik keratan batang.

Menurut Nur Taufiq, beliau teruja apabila kebunnya yang dikenali sebagai Po-Land Grape Machang yang terletak di Kelantan kini menjadi singgahan orang ramai yang kagum dengan usahanya menanam buah berkenaan di kawasan panas.

“Ramai yang cakap dengan saya, anggur memerlukan kawasan yang luas dan hanya tumbuh di negara empat musim saja.

“Sebenarnya, cuaca panas diperlukan untuk proses pembungaan. Kita bertuah kerana Malaysia beriklim panas dan lembap sepanjang tahun.

Ikuti kisah yang dibuktikan oleh pengusaha Nur Taufiq Yusuf bersama abangnya, Muhd Nazlan Po-Land Grape Machang yang mengaplikasikan inovasi teknik tanaman tanpa tanah untuk penanaman anggur.

#ceritaorangkita
#sinarplus
#anggur
#kebunanggur