Hujan tidak halang PM jamu selera bersama orang ramai di Kempas

BERITA MOJO 25 OGOS 2023

Hujan tidak menghalang ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah untuk makan tengah hari bersama orang ramai di medan selera Sri Cempaka, Taman Cempaka, Kempas, Johor Bahru, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin

Ketibaan Perdana Menteri pada jam 12.35 tengah hari disambut calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat serta beberapa pemimpin.

Beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit beramah mesra dan menjamu selera makan tengah hari dengan hidangan lauk kampung khususnya asam pedas yang sememangnya terkenal di Johor.

Artikel: https://shorturl.at/acdtV

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini