Alunan al-Quran bergema atas KD Teguh Samudera

BERITA MOJO 26 OGOS 2023

Alunan bacaan Surah Al-Insan bergema di atas Kapal Diraja (KD) Teguh Samudera Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sempena program Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Pangkalan TLDM Lumut pada Sabtu. Laporan wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Alunan tersebut dibacakan oleh 50 peserta terdiri daripada ahli Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh dan anggota TLDM.

Penganjuran Malaysia #QuranHour oleh Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh diadakan lebih awal daripada tarikh ditetapkan bertujuan menyemarakkan lagi program tersebut yang akan berlangsung secara serentak pada 30 Ogos ini.

Program Malaysia #QuranHour diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dengan membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/275777/khas/wacanaquran/alunan-al-quran-bergema-atas-bahtera

#SinarHarian #BeritaMOJO #QuranHour #TLDM #AlQuran