Jabatan Peguam Negara pada Selasa menegaskan bahawa permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , dalam prosiding pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram pada Isnin dibuat berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan kepada mahkamah. <br /><br />Kenyataan ini sebagai respon susulan terdapat laporan yang mendakwa bahawa keputusan yang diambil oleh Jabatan Peguam Negara itu sebagai tidak bermoral. <br />