Tiada isu 'pukat memukat', operasi dijalankan lebih awal - Pengarah JPJ Terengganu

BERITA MOJO 10 SEPTEMBER 2023

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakan menahan dan menyita motosikal peserta Himpunan RXZ Members 5.0 pada 8 dan 9 September mempunyai agenda tertentu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata, operasi khas motosikal itu telah bermula sejak 1 September lalu dan akan dijalankan selama sebulan sehingga 30 September.

Beliau berkata demikian pada sidang media Operasi Khas Motosikal Ops Merah di Depoh Sita JPJ Negeri Terengganu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian