Kes Zahid: Bekas Peguam Negara, Peguam Negara akan dipanggil - Jawatankuasa Pilihan Khas

BERITA SEMASA 12 SEPTEMBER 2023

Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Peguam Negara yang baharu, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Pengerusinya, William Leong Jee Keen berkata, mereka akan dipanggil bagi memberikan penjelasan susulan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mempersoalkan tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) untuk membahaskan isu berkenaan di Dewan Rakyat.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa