Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan dan Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly bertikam lidah.

Ia selepas Mohd Sany mendakwa Perikatan Nasional (PN) mencalonkan semula calon yang terlibat rasuah sehingga berlaku Pilihan Raya Kecil di Kuala Terengganu.

Pada Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad pada PRU15, namun beliau memenangi semula kerusi tersebut pada Pilihan Raya Kecil pada 12 Ogos lalu.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen