Ahli Parlimen Pulai yang baharu, Suhaizan Kayat selesai mengangkat sumpah jawatan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Selasa.<br />Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.<br /><br />Dalam ucapan Johari selepas selesai majlis angkat sumpah, beliau mengucapkan tahniah kepada Suhaizan kerana diangkat sebagai Ahli Parlimen.