Anggota bomba cipta robot bantu mudahkan tugas

BERITA SEMASA 19 SEPTEMBER 2023

Operasi mengawal kebakaran serta menyelamatkan mangsa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini lebih praktikal dengan penglibatan robot dikenali sebagai Serai Gorgon 1, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Penghasilan robot berkenaan diilhamkan menerusi inovasi enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai yang menggabungkan kemahiran masing-masing.

Robot yang telah dihasilkan sejak setahun lalu itu menjalani beberapa ujian sebelum diperakui keupayaannya membantu anggota bomba dan penyelamat menjalankan tugas mengawal kebakaran.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini