Lelaki mengaku salah rogol adik ipar usia 11 tahun

BERITA MOJO 22 SEPTEMBER 2023

Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Tertuduh berusia 22 tahun dan tidak bekerja membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu merogol kanak-kanak berkenaan yang ketika itu berusia 11 tahun 8 bulan di sebuah rumah kira-kira jam 11 malam pada 16 September 2023.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/280322/berita/semasa/lelaki-mengaku-salah-rogol-adik-ipar-usia-11-tahun

Muzik: Elevate dari bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa