Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedia bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi menangkis berita palsu berhubung isu bekalan beras tempatan di pasaran.<br /><br />Timbalan Menterinya Teo Nie Ching berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan atau maklumat mengenai berita palsu serta informasi mengelirukan berhubung kekurangan barang keperluan asas itu.<br />