Surprise Me!

Buruh binaan didakwa bunuh peniaga pisang goreng

2023-09-25 7 Dailymotion

Buruh binaan didakwa bunuh peniaga pisang goreng

BERITA MOJO 25 SEPTEMBER 2023

Seorang buruh binaan yang ditahan kerana memukul peniaga pisang goreng, dua minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada Isnin atas pertuduhan membunuh, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, S Jhon Piter selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R Prabakaran.

Tertuduh didakwa membunuh Chor Kok Kuan di kaki lima gerai makanan Pasar Pokok Assam antara jam 3.30 hingga 4.15 petang pada 12 September lalu.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seorang peniaga maut dipukul selepas menegur tindakan pelanggan yang menyentuh pisang goreng menggunakan tangan.

Artikel: https://bitly.ws/VB46

Muzik: Elevate dari bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa

Buy Now on CodeCanyon