Kerajaan akan memulakan perbincangan untuk menyerahkan semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipindahkan kepada Syarikat Bertujuan Khas (SPV) pada 2018 ketika di bawah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.<br /><br />Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kewangan yang dipegang olehnya berpuas hati dengan prestasi kewangan TH yang terus memulih.