3,000 peserta jayakan Lotus’s Ceria Charity Run

BERITA MOJO 2 OKTOBER 2023

Rangkuman suasana kemeriahan acara larian Lotus’s Ceria Charity Run yang dianjurkan oleh pihak Lotus's Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Sabtu.

Lotus’s Malaysia berjaya mengumpulkan sumbangan mencecah RM1 juta menerusi program #KitakanJiran Lotus’s yang dilancarkan sejak Julai lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.

Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Azmel berkata, sumbangan yang berjaya dikumpul itu akan diagihkan bagi membantu menyediakan makmal digital untuk projek sekolah anak angkat luar bandar Lotus’s.

Artikel: https://shorturl.at/rtAB5

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini