Yasin diperintah bela diri tiga kes dadah

BERITA MOJO 3 OKTOBER 2023

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman diperintah membela diri oleh Mahkanah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Hakim Faiz Dziyauddin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila itu.

Pada 15 September lalu, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil tujuh saksi semasa perbicaraan bermula 28 Ogos lepas.

Artikel: Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian