Surprise Me!

Seludup RXZ naik sampan di Sungai Golok tumpas

2023-10-09 9 Dailymotion

Seludup RXZ naik sampan di Sungai Golok tumpas

BERITA MOJO 9 OKTOBER 2023

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Kelantan berjaya menumpaskan aktiviti membawa masuk motosikal jenis Yamaha RXZ menggunakan sampan di Sungai Golok berhampiran pangkalan haram di Bukit Bunga, Jeli pada 24 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Rampasan jam 1 petang itu, berdasarkan hasil maklumat awam dan risikan cawangan penguatkuasaan Kastam Bukit Bunga.

Pemangku Pengarah Kastam Kelantan, Koh Joo Kai berkata, hasil soal siasat membawa kepada penemuan sebuah bengkel penyimpanan motosikal terpakai dari negara jiran yang terletak di kampung berhampiran.

Artikel: https://go.sinar.la/46m2E9o

Muzik: "Evolution" dari www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini

Buy Now on CodeCanyon