Surprise Me!

Hampir 100 pesawah turun padang tuntut kenaikan harga padi

2023-10-10 11 Dailymotion

Hampir 100 pesawah turun padang tuntut kenaikan harga padi

BERITA MOJO 10 OKTOBER 2023

Hampir 100 pesawah di Alor Setar berkumpul bagi menuntut kerajaan menaikkan semula harga belian padi kepada RM1,700 pertan metrik, lapor wartawan Sinar Harian, Roshila Murni Rosli.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Mohd Fuad Yaacob berkata, petani sangat terkesan dengan kenaikan secara mengejut itu memandangkan tanaman padi musim ini belum tamat.

Menurutnya, banyak persoalan turut timbul berkaitan isu terbabit kerana Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood pernah mengarahkan Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) membeli padi pada harga RM1,600 per metrik tan sebelum ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/283183/edisi/utara/hampir-100-pesawah-turun-padang-tuntut-kenaikan-harga-padi

Muzik: www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini

Buy Now on CodeCanyon