Surprise Me!

Isu bekalan beras: Kedah dijadikan kambing hitam - Sanusi

2023-10-11 2,550 Dailymotion

BERITA SEMASA 11 OKTOBER

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa negeri itu dijadikan kambing hitam untuk menutup kegagalan kerajaan Persekutuan apabila berlaku ketidakcukupan stok beras tempatan dalam pasaran.

Beliau mendakwa, pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengaitkan sebuah anak syarikat kerajaan negeri (GLC) dengan skandal beras adalah tidak benar.

Menurutnya, adalah tidak masuk akal apabila mengaitkan kes lama yang berlaku pada tahun 2016 yang kononnya dibongkar pada Isnin dengan ketiadaan beras pada masa kini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/628736/edisi/utara/isu-bekalan-beras-kedah-dijadikan-kambing-hitam---sanusi

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Sanusi #IsuBeras

Buy Now on CodeCanyon