BERITA SEMASA 13 OKTOBER 2023

Kerajaan akan menambah baik program perlindungan sosial bagi memastikan golongan tumpuan terus mendapat perlindungan sewajarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar tanggungan kerajaan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) akan ditingkatkan kepada 90 peratus dengan peruntukan RM100 juta.

Tambah beliau, syarikat pengendali diseru untuk menanggung baki 10 peratus caruman bagi pihak pekerja gig.

Had caruman padanan Kerajaan di bawah program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun terhad kepada RM5,000 seumur hidup.

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PerlindunganSosial