Imam Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, Sheikh Ekrima Sabri antara berpuluh-puluh penduduk Palestin jadi sasaran untuk dibunuh apabila nama dan lokasi mereka disiarkan dalam saluran aplikasi Telegram pelampau Yahudi.

Menurut portal berita Middle East Eye (MME) pada Jumaat, saluran dikenali sebagai Nazi Hunters 2023 itu tampilkan wajah mereka yang jadi sasaran untuk dibunuh.

Ketua Pasukan Undang-Undang Sabri, Khaled Zaberqa beritahu MEE bahawa imam yang juga konsulat Arab itu hubungi kerajaan Jordan untuk maklumkan tentang ancaman tersebut.

Zaberqa berkata, ancaman itu adalah hasutan daripada kumpulan pelampau Yahudi disokong anasir dalam kerajaan Israel.

Muzik: Anthony Vega - The best story by Artlist

Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

#SinarHarian #SinarTerkini #Gaza #Palestine #AncamanBunuh