Perbezaan ketara jumlah kutipan cukai korporat sebanyak RM140 bilion dengan cukai pendapatan RM40 bilion dikutip dari 16 juta penduduk menunjukkan syarikat-syarikat di Malaysia sekurang-kurangnya dua kali lebih kaya daripada semua pekerja mereka; satu masalah besar yang tidak berlaku di Eropah apabila kutipan cukai pendapatan lebih tinggi daripada kutipan cukai korporat dari syarikat-syarikat.

Jelas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, masalah gaji pekerja rendah di sini selain disebabkan faktor buruh asing, yang lebih utama adalah apabila syarikat tidak mahu berkongsi keuntungan dengan pekerja mereka.

Justeru katanya, menerusi rasionalisasi subsidi yang boleh menjimatkan wang negara, kerajaan boleh menyuntik dana kepada majikan untuk sama-sama menaikkan gaji pekerja dan ia boleh dilaksanakan selepas Pangkalan Data Utama (PADU) siap tahun depan.

Beliau berkata demikian dalam program Wacana Sinar siri ke-417 bertajuk "Antara Harimau Asia & nasib rakyat" di semua platform digital Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:
Youtube: https://bitly.ws/XBh7
Facebook: https://fb.watch/nKe8j-XPQ8/
Twitter: https://bitly.ws/XBhh
Portal: https://bitly.ws/XBgW

#SinarHarian #WacanaSinarHarian #WacanaSinar #EkonomiMalaysia #Bajet2024 #Belanjawan2024 #BelanjawanMadani