Muktamar Pas jadi medan perkukuh PN

BERITA SEMASA 19 OKTOBER 2023

Hubungan serta hala tuju Pas sebagai komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dijangka menjadi topik hangat dan diberi perhatian dalam muktamar tahunan parti itu, hujung minggu ini.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, muktamar kali ini diadakan selepas beberapa siri pilihan raya dan secara tidak langsung, beberapa perkara berkaitan akan dibangkitkan.

Tambahnya, kepimpinan parti juga tidak mengehadkan sebarang perbahasan berkaitan isu berbangkit selagi tidak melanggar dan bercanggah dengan syarak.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/630148/berita/politik/pas-pn-dijangka-jadi-topik-hangat

#BeritaSemasa #SinarHarian