BERITA SEMASA 22 OKTOBER 2023<br /><br />Pas menyelar tuduhan seorang menteri yang menganggap peruntukan kawasan yang diminta wakil rakyat pembangkang akan digunakan untuk membayar pempengaruh media sosial atau Tiktoker yang menyebarkan agenda Pas.<br /><br />Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, perjuangan para pemuda yang 'bertempur' di media sosial adalah atas dasar sukarela tanpa mengharapkan bayaran kerana ikhlas menegakkan Islam.