Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin

MOJO LIVE 22 OKTOBER 2022

Himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka di sini pada Ahad, bukan sahaja mendapat sokongan daripada kaum Melayu, malah masyarakat Cina dan India turut sertai bersolidariti menentang kekejaman Israel, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

Himpunan yang dihadiri ribuan peserta itu bermula kira-kira jam 10 pagi dengan laungan jeritan 'Palestin', 'Israel shame of you' selain kibaran bendera Palestin serta plakad yang mengecam tindakan kejam rejim Israel.

Bukan itu sahaja, rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan tanda solidariti mereka.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630758/berita/semasa/masyarakat-pelbagai-kaum-hadir-solidariti-untuk-palestin

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian