IKIM semarak perjuangan rakyat Palestin menerusi platform media

BERITA SEMASA 23 OKTOBER 2023

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menggunakan semua saluran platform media bagi menyemarakkan perjuangan rakyat Palestin dan menghapuskan propaganda Barat menuduh Hamas sebagai pengganas.

Ketua Pengarahnya, Profesor Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, langkah itu penting dalam usaha memberikan informasi terkini kekejaman Zionis yang mahu melenyapkan Gaza.

Katanya, sebagai contoh menerusi penganjuran #QuranHour For Gaza, IKIM sentiasa menyokong usaha dan gerakan untuk menjelaskan kepada umum bahawa tindakan Israel melampau dan berada di luar peradaban manusia.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630779/khas/wacanaquran/ikim-semarak-perjuangan-rakyat-palestin-menerusi-platform-media

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #SinarTerkini #gaza #Palestin #QuranHourForGaza