BERITA SEMASA 27 OKTOBER 2023

Tindakan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mengeluarkan kata-kata berbaur seksis terhadap Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok bertentangan prinsip kesopanan dan kesusilaan Rukun Negara.

Exco Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Ekonomi Penjagaan, Anfaal Saari berkata, kenyataan dikeluarkan semasa sesi perbahasan Belanjawan 2024 tidak dapat diterima semua pihak.

Beliau mengutuk sekeras-kerasnya dengan kenyataan gangguan seksual ditujukan kepada Teresa oleh Datuk Mohd Suhaimi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/631721/berita/politik/kenyataan-berbaur-seksis-bertentangan-prinsip-rukun-negara

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa