Penganjur konsert diminta menyediakan 'kill switch' sebagai langkah segera mematikan bekalan elektrik bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini semasa persembahan.<br /><br />Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata arahan dikeluarkan susulan insiden kontroversi pada Julai lalu membabitkan kumpulan muzik British The 1975 semasa festival muzik di Sepang, Selangor.