SUGEETA CHANDRAN JAWAB SOALAN CEPU EMAS

WANITA bernama Sugeeta Chandran ini memiliki bakat seni yang cukup luar biasa.

Ditambah pula dengan kemampuannya bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih dan lancar menambahkan lagi kekaguman ramai.

Sempena sambutan Deepavali yang bakal diraikan pada minggu depan, Sugeeta atau mesra dipanggil Sugee diajak untuk menghiasi wajah muka depan SinarPlus.

Bersama dengan kami, beliau antara lain berkongsi bagaimana suasana sambutan pesta cahaya pada tahun ini.

Selain itu, sisi peribadinya turut dicungkil.

Antaranya apakah definisi cinta berdasarkan perspektifnya dan bagaimana pula reaksi beliau tentang lelaki anak emak?

Jelitawan itu turut menyatakan pandangan mengenai tanggapan sesetengah pihak mengenai wanita berduit dan punya kerjaya hebat dikatakan berlagak serta beberapa soalan lain.

Dapatkan isi wawancara SinarPlus bersama pemenang tempat ke-4 Miss Universe Malaysia tahun 2015 itu menerusi video yang ini. Selamat menonton!

Personaliti: SUGEETA CHANDRAN (@sugeetachandran)
Teks/video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Suntingan Video: ZAITON ABDUL MANAF
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)