Rumah dibom, 12 hari terputus hubungan dengan ibu di Palestin

BERITA MOJO 9 NOVEMBER 2023

Seorang penduduk Gaza, Palestin yang lebih sedekad menetap di Kelantan gundah-gulana memikirkan nasib ibunya berusia 76 tahun selepas mereka terputus hubungan sejak 12 hari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Abdallah Ismail, 38, berkata, lebih membimbangkan lagi apabila rumah milik ibu di Bandar Gaza turut musnah dibom pada hari ke 15 serangan Zionis yang bermula pada 7 Oktober lalu.

Kebiasaannya mereka berdua akan berhubung menerusi aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan situasi dan keadaan terkini di Gaza.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/633742/berita/nasional/rumah-dibom-12-hari-terputus-hubungan-dengan-ibu-di-palestin?utm_source=Sinar+Harian&utm_campaign=Rumah+dibom,+12+hari+terputus+hubungan+dengan+ibu+di+Palestin&fbclid=IwAR2aduszjYlZKiBWxFR50-KnclLL9_IpHrwTAHZKTpGOFczx_yBqFSe08Zg

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #Palestin #Gaza