"Berkait YB Pasir Mas sebutkan tadi, saya difahamkan pihak Harakah akan menghantar surat rayuan... kita alu-alukan dan akan berbincang dengan Jabatan Penerangan kerana yang ingin saya tegaskan disini ialah etika kewartawanan," kata Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil.<br /><br />Sebelum ini Jabatan Penerangan didakwa menarik semula Kad Perakuan Media wartawan Harakah Daily dipercayai mempunyai kaitan dengan penyiaran artikel memaparkan foto Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bendera Israel.
