Malaysia melakar kejayaan lagi selepas menang di mahkamah perancis dalam kes tuntutan kumpulan Sulu.

Perkara itu sekali gus mematikan gerakan mereka untuk merampas aset diplomatik kerajaan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pada 6 November lepas, Mahkamah Perancis telah membatalkan perintah bagi gadai janji berkanun yang dibuat terhadap bangunan diplomatik Malaysia di paris oleh kumpulan Sulu.