"Berkenaan pemindahan kerusi, saya rasa kalau Yang berhormat baca peraturan 2(2) dan 2(3) tidak menjadi kemelut.<br /><br />"Sekiranya Yang berhormat faham peraturan mesyuarat tiada isu pun," demikian jelas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor.<br /><br />Kenyataan tersebut berikutan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau terganggu apabila mendapati tiga kerusi telah dipindahkan 'ke sana' sedangkan tidak berlaku situasi lompat parti.
